FAQ  Contact Us  Complaint/Feedback  Site Map

Koleksi Soalan Awam

Faedah-Faedah Utama Kepada Pekerja

 

Apakah faedah-faedah utama yang diperuntukan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)?

Faedah-faedah utama yang diperuntukan ialah :   

 i) Hari Rehat (Rest Day)

Seorang pekerja diperuntukan satu (1) hari rehat dalam seminggu. Sekiranya dia dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari rehatnya, dia berhak menerima bayaran gaji atas kadar seperti berikut:

 

1. Bagi pekerja bergaji harian atau mengikut jam:

  • Jika bekerja tidak melebihi empat (4) jam maka pekerja tersebut layak untuk dibayar satu hari gaji.
  • Jika bekerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam maka pekerja tersebut layak dibayar dua hari gaji.

2. Bagi pekerja bergaji bulan:

  • Jika bekerja tidak melebihi 4 jam maka pekerja tersebut layak untuk dibayar setengah hari gaji.
  • Jika bekerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam maka pekerja tersebut layak dibayar satu hari gaji.

3. Bagi pekerja dibayar secara pajakan (piece rated):

  • Pekerja layak untuk mendapat bayaran dua (2) kali ganda daripada kadar 'per piece'

 

4. Kerja lebih masa pada hari rehat:

            Pekerja layak dibayar dua (2) kali ganda kadar gaji biasa sejam

 

ii) Cuti Kelepasan Am (Public Holiday):

Ordinan telah menetapkan empat belas (14) hari cuti kelepasan am berbayar (paid public holidays) yang mana empat (4) daripadanya adalah wajib diberikan iaitu:

  1. Hari Kebangsaan
    b. Hari Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
                c. Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Sabah
                d. Hari Pekerja   
Had Waktu Bekerja

Apakah had waktu bekerja bagi seorang pekerja di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)?

Seorang pekerja diperuntukan tempoh waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari. Bagi seorang pekerja syif, tempoh waktu bekerja adalah tidak melebihi 12 jam sehari atau tidak melebihi 56 jam dalam satu minggu dengan purata 48 jam seminggu bagi tiga minggu berturut-turut. 

| Kategori: PERISTIWA 2021 | | Jumlah paparan: 67 Cetak

Maklumbalas/Pertanyaan

Maklumbalas/Pertanyaan

MAKLUMBALAS
JABATAN MENERIMA SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN/PANDANGAN, TEGURAN, KRITIKAN DAN ADUAN DARIPADA ANDA.
KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN DARIPADA PIHAK AWAM
| Kategori: PERISTIWA 2021 | | Jumlah paparan: 106 Cetak

PROGRAM / AKTIVITI 2021

 PROGRAM / AKTIVITI 2021

MEI
APRIL
MAC
FEBRUARI
JANUARI
| Kategori: PERISTIWA 2021 | | Jumlah paparan: 194 Cetak