Piagam Pelanggan

Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan para pekerja dan majikan di samping mewujudkan perhubungan yang harmoni di antara mereka dan kesatuan sekerja mereka dengan ini berjanji untuk melaksanakan komitment kami untuk:-

Pengendalian Kes Aduan Buruh:-

  • Menyiasat dan menyelesaikan setiap kes aduan buruh dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh aduan diterima kecuali bagi kes-kes yang rumit atau maklumat tidak lengkap.

Pengendalian Kes Tuntutan:-

  • Menyiasat dan menyelesaikan setiap kes Tuntutan dalam tempoh satu setengah (1½) bulan daripada tarikh kes tuntutan diterima kecuali bagi kes-kes yang rumit atau maklumat tidak lengkap.

Pengendalian Kes Pampasan Pekerja:-

(a) Untuk Kes Hilang Upaya Sementara

  • Menyiasat dan menyelesaikan setiap kes dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh notis kemalangan atau tuntutan pampasan diterima kecuali bagi kes-kes rumit atau maklumat tidak lengkap.

(b) Untuk Kes Hilang Upaya Kekal dan Maut

  • Menyiasat dan menyelesaikan setiap kes dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh notis kemalangan atau tuntutan pampasan diterima kecuali bagi kes-kes rumit atau maklumat tidak lengkap.

Pengendalian Permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Imigran :-

  • Memproses dan mengeluarkan lesen untuk menggaji pekerja imigran dalam tempoh tiga (3) hari berkerja selepas menerima permohonan lengkap dari majikan.

Perkhidmatan Pendaftaran Pekerjaan :-

  • Membantu pendaftaran pencari kerja dan majikan dalam Sistem Penjodohan Pekerjaan secara “online”
  • Memproses permohonan untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta dalam tempoh satu (1) bulan.

Urusan Khidmat nasihat:-

  • Memberi layanan dan khidmat nasihat kepada setiap pelanggan dengan mesra dan prihatin.