PERNYATAAN PENGARAH : MELAPOR PEMBERHENTIAN PEKERJA

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 telah memberi impak kepada sektor ekonomi di Negeri Sabah. Kesan daripada impak ini telah menyebabkan majikan mengambil keputusan untuk melaksanakan pemberhentian tetap, pemberhentian sementara, pemberhentian sukarela dan pengurangan gaji.

            Adalah menjadi kewajipan kepada majikan untuk mengemukakan Borang PK dan Maklumat Pekerja Diberhentikan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Sabah (jtksbh.mohr.gov.my) sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 59 Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67). Majikan boleh mengemukakan Borang PK dan Maklumat Pekerja Diberhentikan melalui e-mail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

            Kegagalan majikan mengemukakan borang tersebut adalah merupakan suatu kesalahan sepertimana diperuntukkan di bawah perenggan 130E (e) Ordinan Buruh (Sabah Bab.67) dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00

MUAT TURUN BORANG :

  1. EMPLOYMENT RETRENCHMENT | PEMBERITAHUAN PEMBERHENTIAN PEKERJA
  2. BORANG PEMBERHENTIAN
  3. SENARAI PEKERJA

(SILA MUAT TURUN DAN LENGKAPKAN SEMUA BORANG DI ATAS)