Jabatan Tenaga Kerja Sabah menjelaskan aktiviti yang melibatkan Perbuatan merekrut pekerja sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta 246, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada jabatan ini. Seksyen 3 Akta Agensi Pekerjaan Swasta mentakrifkan merekrut bererti aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang, termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk -
(a)menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan , bagi seseorang pencari kerja; atau
(b)menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja ,bagi seseorang majikan.
Majikan yang merekrut tenaga kerja tetapi pekerja tersebut masih di bawah kontrak perkhidmatan majikan yang merekrut dan dibayar gaji oleh majikan yang merekrut tenaga kerja, adalah tidak perlu memohon sebagai agensi pekerjaan swasta.
Syarikat/ejen yang secara langsung merekrut tenaga kerja untuk majikan yang lain dan kontrak perkhidmatan dan gaji dibayar kepada pekerja oleh majikan yang menggaji pekerja. Dalam kes ini majikan/ejen yang merekrut pekerja untuk majikan lain perlu mendapatkan lesen untuk menubuhkan agensi pekerjaan swasta dari jabatan ini.
Mana-mana pihak yang melanggar peruntukan Akta 246, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) dalam akta yang sama. Apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Majikan yang bercadang untuk membuka Agensi Pekerjaan Swasta. dinasihat supaya hadir ke Jabatan Tenaga Kerja Sabah berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat lanjut mengenai permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta .
Borang-borang berkaitan :-
- SENARAI SEMAK (WAJIB)
- PERMOHONAN BAHARU | PEMBAHARUAN LESEN | PENUBUHAN CAWANGAN | PENGGANTIAN LESEN | PERMOHONAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI | PEMULANGAN WANG JAMINAN | BORANG 8 | BORANG 9 | REKOD KEKOSONGAN PEKERJAAN | AKUAN PENERIMAAN PEKERJA OLEH MAJIKAN | BON GANTI RUGI | SENARAI SEMAK TUNTUAN BALIK BON TUNAI BAGI PENUTUPAN/PEMBATALAN | PERMOHONAN PERTUKARAN KATEGORI LESEN | SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERTUKARAN KATEGORI LESEN | SURAT SUMPAH