Pekerja yang bekerja dengan mana-mana majikan di bawah satu kontrak perkhidmatan adalah layak menikmati faedah-faedah statutori di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan kaedah-kaedah di bawahnya melibatkan faedah berikut :
Sekiranya terdapat isu-isu berkaitan penggajian, pekerja boleh untuk membuat aduan terhadap majikan.
1. Aduan boleh diterima dari pelbagai sumber antaranya daripada pekerja sendiri, orang awam dan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain.
2. Pengadu boleh memfailkan aduan melalui:-
- Surat ke alamat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan
- Email rasmi Jabatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat kerja
- Telefon di talian 088-238755/233820 – Ibu Pejabat
3. Maklumat Yang Diperlukan Untuk Menfailkan Aduan
- Nama dan alamat pihak yang diadu
- Nama dan alamat pengadu
- Isu-isu aduan
- Dokumen sokongan berkaitan (sekiranya ada):-
1. Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
2. Slip Gaji
BORANG YANG BERKAITAN : TUNTUTAN / ADUAN PEKERJA
Sekiranya terdapat pertikaian timbul berikutan majikan didapati gagal mematuhi pemberian faedah yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan/ Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya termasuklah undang-undang perburuhan lain yang dikuatkuasakan di Sabah, pekerja boleh untuk memfailkan tuntutan melalui Mahkamah Buruh dan tatacara pemfailan tuntutan adalah seperti berikut :
1. Hadir sendiri dan beri kenyataan bersumpah di hadapan Pegawai untuk merekod tuntutan
2. Mengemukakan dokumen-dokumen/maklumat-maklumat penting:-
3. Nama dan alamat surat menyurat pengadu (Kad Pengenalan)
4. Nama dan alamat tempat pekerjaan (Sumber SSM)
5. Butir-butir pendapatan dan slip gaji (jika ada)
- Surat pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan (jika ada)
- Surat penamatan (jika ada)
Selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Pengarah Tenaga Kerja melalui peruntukan khusus di bawah Ordinan Buruh ( Sabah Bab 67 ) , pekerja mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan melibatkan pertikaian seperti berikut :
Secara ringkasnya, tatacara tuntutan melalui Mahkamah Buruh melibatkan perkara berikut :
1. Merekod kenyataan bersumpah tuntutan pengadu
2. Tentukan tarikh sebutan kes
3. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan
4. Sebutan Kes/Perbicaraan Kes Buruh
5. Perintah
Pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Perintah Mahkamah Buruh.