Menjadi kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis atau maklumat-maklumat berkaitan penggajian kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dalam tempoh 90 hari selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) melibatkan perkara berikut :
( a) menjalankan apa-apa perusahaan pertanian atau perusahaan atau mana-mana perbadanan di mana apa-apa perdagangan, tred, profesion atau perniagaan dijalankan; atau
(b) untuk mengambil alih atau memulakan perniagaan dalam perusahaan atau perbadanan tersebut; atau
(c) untuk menukar nama atau lokasi perusahaan atau perbadanan tersebut
Oleh itu, mana-mana orang atau majikan dikehendaki untuk memberikan notis makluman kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan mengisi Borang Maklumat Majikan.
Mana-mana orang atau majikan yang gagal memberikan notis atau maklumat sebagaimana diperuntukan dalam Seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130E ( F) Ordinan yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit .
Selaras dengan pewartaan Perintah Gaji Minimum 2020 bertarikh 1 Februari 2020, Kadar gaji minimum melibatkan kawasan Majlis Bandaraya ( Kota Kinabalu ) atau Majlis Perbandaran ( Sandakan dan Tawau ) ditetapkan seperti berikut :
Bagi kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, kadar gaji minimum yang ditetapkan dalam Jadual seperti berikut :
Oleh itu, menjadi kewajipan kepada mana-mana majikan untuk memastikan semua pekerja yang digajikan hendaklah dibayar kadar upah pokok mengikut lokasi pekerjaan sebagaimana dinyatakan dalam Perintah Gaji Minimum 2020.
Kegagalan dalam mematuhi bayaran upah pokok tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu bagi setiap pekerja yang digajikan.
Tafsiran ‘Pekerja Bukan Pemastautin’
“any person who does not belong to Sabah as provided for in Section 71 of the Immigration Act 1959/1963”. Seksyen 2 (1), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
Tafsiran “person to be treated as belong to East Malaysian State”. Seksyen 71, Akta Imigresen 1959/1963.
Perkara-perkara berkaitan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin, di bawah Chapter XIVA Ordinan Buruh (Sabah Bab 67):
- Mana-mana orang adalah dikehendaki mempunyai Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin, Seksyen 118 sebelum mengambil bekerja Pekerja Bukan Pemastautin. Lesen tersebut hendaklah dipohon dari Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran, dengan menggunakan borang JTKS/PPBP/3/05 Pin.06 dan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Majikan yang menggaji Pekerja Bukan Pemastautin hendaklah mengemukakan maklumat dan penyata pekerja ke Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh empat belas(14)hari daripada mula penggajian, Seksyen 118A. Maklumat dan penyata laporan hendaklah menggunakan Sistem e-SDP melalui www.ejtksbh.com/esdp
- Majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja pemastautin dengan menggantikannya dengan pekerja bukan pemastutin, Seksyen 118C.
- Apabila terdapat keperluan untuk mengurangkan pekerja berikutan kelebihan pekerja, majikan hendaklah memberhentikan pekerja bukan pemastautin terlebih dahulu , Seksyen 118D.
Penghantaran pulang Pekerja Bukan Pemastautin
Setiap Pekerja Bukan Pemastautin yang dikehendaki meninggalkan Negeri Sabah di bawah atau menurut Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau mana-mana kaedah dibawahnya atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berkaitan Imigresen, hendaklah dihantar pulang ke negara asal atas perbelanjaan majikan.
Seseorang majikan yang menggajikan kanak-kanak dan orang muda untuk mengambil bahagian dalam hiburan awam adalah dikehendaki untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat dalam lesen tersebut selaras dengan Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012
Oleh itu, mana-mana majikan yang ingin mengaji kanak-kanak dan orang muda diwajibkan untuk memohon lesen daripada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan mengisi Borang Lesen Untuk Menggaji Kanak-Kanak dan Orang Muda untuk Mengambil Bahagian dalam Hiburan Awam.
Mana-mana majikan yang gagal mendapatkan lesen sebagaimana diperuntukan dalam Kaedah 5 Kaedah–Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012 adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 130F Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Salah satu tanggungjawab majikan yang termaktub dalam Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah untuk mendapatkan kebenaran atau permit terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:-
- Pendahuluan gaji
- Potongan daripada gaji pekerja
- Pengecualian sekatan kerja malam bagi pekerja-pekerja perempuan
- Kebenaran bekerja melebihi sekatan kerja lebih masa
- Kelonggaran waktu kerja / kebenaran kerja waktu syif
- Mengumpul cuti rehat mingguan
- Menyimpan daftar pekerja di ibu pejabat / tempat lain
- Menyimpan daftar pekerja dalam cara lain
- Kemudahan dan perkhidmatan / saraan lain daripada upah lain
- Orang muda perempuan yang bekerja di kelab bukan milik keluarga
Kesalahan Mengikut Jenis Permit Perburuhan
Mana-mana majikan yang gagal mendapatkan permit atau kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah sebagaimana diperuntukan dalam Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) adalah melakukan suatu pelanggaran di bawah Ordinan yang sama dan perincian kesalahan dan penalti adalah seperti berikut:-
Bil. |
Jenis Pelanggaran |
Seksyen |
Penalti |
1 |
Pendahuluan gaji |
Seksyen 130J (a) |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
2 |
Potongan daripada gaji pekerja |
Seksyen 130J (e) |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
3 |
Pengecualian sekatan kerja malam bagi pekerja-pekerja perempuan |
Seksyen 130G |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
4 |
Kebenaran bekerja melebihi sekatan kerja lebih masa |
Seksyen 130M |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
5 |
Kelonggaran waktu kerja / kebenaran kerja waktu syif |
Seksyen 130M |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
6 |
Mengumpul cuti rehat mingguan |
Seksyen 130M |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
7 |
Menyimpan daftar pekerja di luar tempat penggajian / tempat lain |
Seksyen 130E (b) |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
8 |
Menyimpan daftar pekerja dalam cara lain |
Seksyen 130E (b) |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
9 |
Kemudahan dan perkhidmatan / saraan lain daripada upah lain |
Seksyen 130J (v) |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan |
10 |
Orang muda perempuan yang bekerja di kelab bukan milik keluarga |
Seksyen 130F |
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. |
Majikan mempunyai kewajipan untuk memberikan sesalinan kontrak perkhidmatan kepada pekerja yang digajikan dibawah satu kontrak perkhidmatan sebelum atau pada hari pekerja melapor diri bertugas sebagaimana dinyatakan di bawah Kaedah 2 ( 2) Kaedah-Kaedah Buruh (Kandungan Kontrak) 2008.
Selain itu, majikan juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan memberikan sesalinan penyata gaji kepada pekerja pada atau sebelum tarikh pembayaran upah dijelaskan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah- Kaedah Buruh (Sabah) 2009.
Kegagalan majikan memberikan dokumen tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penamatan kontrak perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat , kegawatan ekonomi dll. Majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian kerja dilakukan. Antaranya :-
- Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal
- Menghadkan kerja lebih masa
- Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am
- Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran
- Mengurangkan waktu kerja harian
- Mengadakan program latihan semula kepada pekerja
- Mengenalpasti kerja-kerja alternative dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.
- Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga kerja untuk tujuan pemantauan samada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
- Mengurangkan gaji pekerja (pay cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah-langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka
- Kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan dberhentikan.
Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian (Borang PK) dan melaporkan kepada JTK terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut :-
- Pemberhentian Pekerja (Retrenchement)
- Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation Scheme)
- Pemberhentian Kerja Sementara (lay off)
- Pengurangan Gaji Pekerja (Pay Cut)
BORANG PEMBERHENTIAN PEKERJA (PK) (SILA MUAT TURUN DAN LENGKAPKAN 3 JENIS BORANG DI BAWAH)
SISTEM PROFAIL LADANG (SPEL)
SPEL diwujudkan untuk menyelaras pengumpulan data merangkumi maklumat asas nama dan butiran majikan ladang serta kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Pemantauan berpusat serta penjanaan laporan juga dapat dijalankan oleh Jabatan dan majikan ladang pada bila-bila masa.
Empat (4) langkah mudah yang perlu majikan ladang lakukan untuk menggunakan sistem ini.
- Mendaftar ID dan kata laluan
- Menunggu pengesahan dari JTK/PTK
- Mengisi maklumat profil ladang dengan lengkap
- Mengemaskini data dan maklumat secara berjadual.
Capaian Sistem
SPEL boleh dicapai menggunakan pelayar web (contoh : firefox/google chrome) dengan menaip alamat https://www.ejtksbh.com/eladang