FAQ  Contact Us  Complaint/Feedback  Site Map
ANNOUNCEMENT

  PERNYATAAN PENGARAH MENGENAI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MELAPOR PEMBERHENTIAN PEKERJA

            Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 telah memberi impak kepada sektor ekonomi di Negeri Sabah. Kesan daripada impak ini telah menyebabkan majikan mengambil keputusan untuk melaksanakan pemberhentian tetap, pemberhentian sementara, pemberhentian sukarela dan pengurangan gaji.

            Adalah menjadi kewajipan kepada majikan untuk mengemukakan Borang PK dan Maklumat Pekerja Diberhentikan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Sabah (jtksbh.mohr.gov.my) sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 59 Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67). Majikan boleh mengemukakan Borang PK dan Maklumat Pekerja Diberhentikan melalui e-mail ke jtknsabah@mohr.gov.my.

            Kegagalan majikan mengemukakan borang tersebut adalah merupakan suatu kesalahan sepertimana diperuntukkan di bawah perenggan 130E (e) Ordinan Buruh (Sabah Bab.67) dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00

 

MUAT TURUN BORANG :

  1. EMPLOYMENT RETRENCHMENT | PEMBERITAHUAN PEMBERHENTIAN PEKERJA
  2. BORANG PEMBERHENTIAN
  3. SENARAI PEKERJA

(SILA MUAT TURUN DAN LENGKAPKAN SEMUA BORANG DI ATAS)

NEWS / EVENTS

Date:

No programme / event

Date:

No programme / event

e-PARTICIPATION

There are no articles in this category. If subcategories display on this page, they may have articles.

CONTACT US

 

Jabatan Tenaga Kerja Sabah (HQ)
Tingkat 1, Blok C & D, Peti Surat 14557,
KWSP, Sadong Jaya 88852, Kota Kinabalu, Sabah

Telephone : 088-238755/ 233820/ 237258
Faks : 088-242445

 Email : jtknsabah@mohr.gov.my

FACEBOOKTWITTER FAQ